Baharu · Kelas rakaman kajian kualitatif

Transkrip dah bertimbun.
Tema masih tak nampak?

Belajar analisis data kualitatif step by step, sampai Bab 4 anda siap.

Tonton di rumah · Ulang sampai faham · Akses setahun

Transkrip_Guru_P3 · baris 41–44
Peserta 3 “Masa mula-mula guna modul tu, saya perasan murid lebih berani cuba baca kuat. Tapi masa memang tak cukup, silibus padat. Yang peliknya, murid yang paling lemah itulah yang paling banyak bertanya.”
InduktifKeyakinan membaca meningkat
Deduktif · TPBKawalan tingkah laku: kekangan masa
AbduktifAnomali: murid lemah paling aktif

Satu ayat peserta, tiga cara baca. Dalam kelas ni, anda belajar ketiga-tiganya.

Temu bual dah selesai.

Transkrip dah siap. Tiga puluh muka surat.

Anda buka ATLAS.ti. Klik sana, klik sini. Tutup balik.

Tengok YouTube. Makin keliru.

Kemudian penyelia tanya, “Tema ni datang dari mana?”

Anda diam.

Kalau cerita ni rasa dekat dengan anda, anda tak keseorangan. Ramai pelajar Sarjana dan PhD tersangkut di tahap yang sama. Bukan sebab tak pandai, tapi sebab tak ada orang yang tunjuk caranya dari mula.

Akademi Kualitatif dibina untuk tunjuk cara itu. Satu langkah demi satu langkah.

Belajar ikut tahap anda.

Baru nak mula? Ambil kelas asas dulu. Dah ada data? Terus ke cara analisis yang anda perlukan.

Modul Asas · ±2 jam

Pengenalan Kajian Kualitatif

Untuk yang baru nak berjinak. Kita mula dari soalan paling asas: kenapa kajian anda perlu kualitatif?

SlaidSenarai semak Bab 3
  • Kualitatif atau kuantitatif? Cara pilih dengan yakin
  • Kajian kes, fenomenologi, etnografi, DDR: mana satu anda?
  • Berapa ramai peserta yang cukup?
  • Cara bina soalan temu bual yang “menjadi”
  • Dari rakaman suara ke transkrip yang kemas
  • Macam mana nak buktikan dapatan anda boleh dipercayai
Modul 1 · Induktif

Cara Analisis Data Induktif

data → kod → kategori → tema

Tak ada teori nak berpaut? Tak apa. Biar data yang bercerita, dan anda belajar cara mendengarnya.

  • Enam fasa analisis tematik Braun & Clarke, dengan contoh sebenar
  • Coding dalam ATLAS.ti dari baris pertama transkrip
  • Cantum kod jadi kategori, kategori jadi tema
  • Tulis memo supaya penyelia nampak jalan fikir anda
  • Lukis peta tema yang terus boleh masuk Bab 4
±3 jamTranskrip contohTemplat memo
Modul 2 · Deduktif

Cara Analisis Data Deduktif

teori → buku kod → data

Dah ada teori atau model? Belajar tukar teori tu jadi buku kod, kemudian uji dengan data anda sendiri.

  • Tukar kerangka konseptual jadi buku kod
  • Tulis definisi kod yang jelas, siap dengan contoh
  • Coding berstruktur dalam ATLAS.ti
  • Kira persetujuan antara pengekod (Cohen’s kappa)
  • Apa nak buat dengan data yang “terkeluar” dari teori
±3 jamTemplat buku kodLembaran kappa
Modul 3 · Abduktif

Cara Analisis Data Abduktif

data ⇄ teori → penjelasan terbaik

Jumpa dapatan pelik yang tak ikut teori? Jangan buang. Selalunya itulah “permata” kajian anda.

  • Apa itu analisis abduktif (Timmermans & Tavory)
  • Cara kesan dapatan yang luar jangkaan
  • Ulang-alik antara teori dan data tanpa sesat
  • Bina penjelasan baharu yang munasabah
  • Tulis perbincangan yang buat pemeriksa angguk
±3 jamKajian kesRangka penulisan

Induktif, deduktif atau abduktif?

Ini antara soalan yang panel suka tanya masa pembentangan. Lepas kelas ni, anda boleh jawab tanpa gagap.

Induktif

Titik mula
Data
Buku kod
Dibina semasa analisis
Sesuai untuk
Kajian penerokaan, fenomenologi
Soalan panel
“Bagaimana tema ini muncul?”

Deduktif

Titik mula
Teori / kerangka
Buku kod
Disediakan sebelum analisis
Sesuai untuk
Kajian pengesahan, kajian kes berteori
Soalan panel
“Bagaimana teori dioperasikan?”

Abduktif

Titik mula
Dapatan yang mengejutkan
Buku kod
Awal, disemak berulang
Sesuai untuk
Pembinaan model, kajian DDR
Soalan panel
“Kenapa penjelasan ini paling munasabah?”

Pilih pakej. Mula belajar malam ni.

Bayar sekali sahaja. Tonton sepanjang tahun, ulang berapa kali pun.

Asas

Nak kenal kajian kualitatif dulu.

  • Modul Asas (±2 jam)
  • Slaid dan senarai semak Bab 3
  • Akses 12 bulan
Daftar sekarang

Satu Cara Analisis

Dah tahu pendekatan kajian anda.

  • Satu modul analisis (±3 jam)
  • Set data contoh dan templat
  • Akses 12 bulan
Daftar sekarang
Paling popular

Lengkap

Semua sekali, dari asas sampai analisis.

  • Semua 4 modul (±11 jam)
  • Semua set data, templat dan buku kod
  • Panduan memilih pendekatan untuk Bab 3
  • Akses 12 bulan
Daftar sekarang

Lengkap + Soal Jawab

Semua kelas, plus boleh tanya terus.

  • Semua kandungan pakej Lengkap
  • Sesi soal jawab 60 minit dalam talian
  • Semakan ringkas buku kod atau analisis anda
Daftar sekarang
Bayaran selamat melalui StripeVisa · Mastercard · kad debitResit terus ke e-mel
Baharu · Pembantu Kualitatif AI

Buntu pukul 2 pagi?
Pembantu AI sedia menjawab.

Tanya apa sahaja tentang kajian kualitatif anda, bila-bila masa. Pembantu ni dibina berdasarkan kaedah yang diajar dalam kelas Akademi Kualitatif.

  • Terangkan konsep dengan contoh yang mudah difahami
  • Semak soalan temu bual dan definisi kod anda
  • Cadangkan kod awal untuk petikan transkrip
  • Bantu anda bersedia menjawab soalan penyelia dan panel

Terus terang: ini pembantu AI, bukan manusia. Ia membimbing, bukan menulis tesis anda, kerana setiap kajian berbeza.

Cuba 5 soalan percuma Tak perlu kad. Terus boleh tanya.

1 kredit = 1 soalan. Kredit tiada tarikh luput. Pembeli pakej Lengkap dapat 30 kredit percuma.

Masih tersangkut? Jom bincang.

Kadang-kadang satu soalan kecil boleh buat kajian terhenti berminggu-minggu. Sejam berbual pun dah cukup untuk buka jalan.

Dibuka

Sesi Soal Jawab

Bawa semua soalan anda. Reka bentuk kajian, soalan temu bual, coding, buku kod, sampai cara tulis Bab 3 dan Bab 4. Kita selesaikan satu per satu.

  • Sejam, one-to-one melalui Google Meet atau Zoom
  • Hantar soalan 2 hari awal supaya kita boleh bersedia
  • Rakaman sesi untuk anda tonton semula
/ sesi
Tempah sesi
Senarai menunggu

Servis Analisis Data

Data terlalu banyak, masa terlalu sikit? Kami bantu analisis transkrip anda dengan ATLAS.ti. Slot sangat terhad, jadi daftar nama dulu.

  • Harga ikut jumlah transkrip dan pendekatan
  • Anda terima buku kod, laporan dapatan dan fail projek ATLAS.ti
  • Anda tetap pengkaji utama. Kita semak dapatan bersama

Semudah 1, 2, 3, 4.

1

Pilih pakej

Pilih RM atau USD, kemudian pakej yang kena dengan anda.

2

Bayar

Bayar dengan kad di halaman Stripe. Selamat dan cepat.

3

Semak e-mel

Pautan kelas dan bahan terus masuk ke e-mel anda.

4

Mula belajar

Tonton bila senang. Tersangkut? Tempah sesi soal jawab.

Belajar daripada orang yang buat kerja ni setiap hari.

Pengajar anda menganalisis data kualitatif untuk kajiannya sendiri, dan menilai instrumen kajian pelajar PhD di universiti.

PhD
Penyelidik dan pensyarah institut pendidikan guru
ATLAS.ti
Certified ATLAS.ti Professional Trainer
Panel Pakar
Penilai instrumen kajian PhD universiti awam
15+ tahun
Pengalaman pendidikan dan penyelidikan

Ada soalan?

Kelas ni live ke?

Tak. Semua kelas dalam bentuk rakaman, jadi anda boleh tonton bila-bila masa: lepas kerja, hujung minggu, atau tengah malam masa anak dah tidur. Kalau nak berbual terus dengan pengajar, tempah Sesi Soal Jawab.

Saya betul-betul baru. Nak mula dengan pakej mana?

Mula dengan pakej Asas. Bila dah faham asasnya, anda boleh tambah cara analisis yang sesuai. Kalau nak jimat dan nak semua sekali, pakej Lengkap paling berbaloi.

Kena beli ATLAS.ti dulu ke?

Tak wajib. Cara analisis yang diajar boleh guna dengan NVivo, MAXQDA, atau secara manual pun boleh. Demo dalam kelas guna ATLAS.ti, dan versi percubaan percumanya dah cukup untuk ikut latihan.

Lepas bayar, macam mana nak tengok kelas?

Pautan kelas dan bahan akan masuk ke e-mel yang anda isi masa bayar. Kalau tak nampak dalam 24 jam, semak folder spam atau terus e-mel kami.

Saya di luar Malaysia. Boleh daftar?

Boleh. Tukar ke USD sebelum tekan butang beli. Bank anda mungkin kenakan sedikit caj pertukaran.

Ada sijil tak?

Ada. Siapkan kelas, kemudian e-mel kami bersama resit bayaran untuk mohon sijil penyertaan.

Boleh kongsi akaun dengan kawan?

Akses untuk seorang sahaja. Tapi kalau anda datang berkumpulan, atau dari jabatan dan institusi, e-mel kami. Ada harga istimewa untuk kumpulan.

Masih ragu-ragu? Tanya dulu.

E-mel kami bila-bila masa. Nak daftar senarai menunggu analisis data? Ceritakan sikit tentang kajian anda: tajuk, jenis data dan berapa banyak transkrip.

akademikualitatif@gmail.com