Alat lain
Alat percuma · Kajian reka bentuk & pembangunan

Kalkulator Fuzzy Delphi

Tampal skor pakar anda. Dapatkan nilai ambang d, peratus konsensus, skor fuzzy, kedudukan item dan ayat Bab 4 yang lengkap dengan rujukan asal.

Data anda kekal dalam pelayar ini. Semua kiraan dibuat di peranti anda dan tiada apa dihantar ke pelayan.
Mana satu nak pilih? Tiada nilai yang sejagat. Kajian sistematik terhadap 100 kajian Delphi mendapati nilai konsensus berbeza-beza, dengan median 75% (Diamond et al., 2014). Nilai yang lebih tinggi bermaksud syarat lebih ketat dan persetujuan lebih kukuh, tetapi lebih banyak item mungkin ditolak, terutamanya jika bilangan pakar kecil. Yang paling penting: tetapkan nilai sebelum menganalisis data dan nyatakan justifikasinya dalam Bab 3. Jangan tukar nilai selepas melihat keputusan. Diamond, I. R., Grant, R. C., Feldman, B. M., Pencharz, P. B., Ling, S. C., Moore, A. M., & Wales, P. W. (2014). Defining consensus: A systematic review recommends methodologic criteria for reporting of Delphi studies. Journal of Clinical Epidemiology, 67(4), 401–409. https://doi.org/10.1016/j.jclinepi.2013.12.002

Baris tajuk, lajur nama pakar dan lajur cap masa dari Google Forms dikesan dan diabaikan secara automatik. Pemisah boleh tab, koma atau koma bertitik.

Tiga syarat item diterima

1. Nilai ambang d ≤ 0.2 (Cheng & Lin, 2002).
2. Konsensus pakar, lazimnya 70% hingga 80% (Hsu & Sandford, 2007; Chu & Hwang, 2008).
3. Skor fuzzy Amax ≥ 0.5 (α-cut; Bodjanova, 2006; Tang & Wu, 2010) atau ≥ 0.7 (Habibi et al., 2015).

Nombor fuzzy segi tiga

Setiap skor Likert ditukar kepada tiga nilai (m1, m2, m3). Jadual pilihan anda: .

    FDM kualitatif atau kuantitatif?

    Item FDM biasanya dibina secara kualitatif (literatur, temu bual, FGD atau NGT). FDM pula ialah teknik konsensus pakar: datanya skor dan analisisnya matematik set fuzzy. Tulis sebagai teknik konsensus pakar dalam kajian reka bentuk dan pembangunan.

    Item anda belum siap?

    Pembantu Kualitatif AI boleh bantu anda semak kejelasan item soal selidik pakar dan menyusun justifikasi pemilihan pakar untuk Bab 3.

    Cuba Pembantu AI