Pembantu AI
Alat percuma

Kalkulator Cohen's Kappa

Kira persetujuan antara dua pengekod dalam beberapa saat. Siap dengan tafsiran dan contoh ayat untuk Bab 3.

ℹ️Bila guna kappa? Sesuai untuk pendekatan buku kod atau deduktif, bila dua pengekod mengekod data yang sama. Analisis tematik refleksif (Braun & Clarke) biasanya tidak menuntut kappa. Pilih strategi kebolehpercayaan yang selari dengan pendekatan anda.

Setiap baris = satu segmen data (contohnya satu petikan). Baris ke-3 Pengekod A dibandingkan dengan baris ke-3 Pengekod B. Huruf besar/kecil dan ruang di hujung diabaikan.

Tafsiran (Landis & Koch, 1977)

  • < 0.00Lemah
  • 0.00 – 0.20Sedikit
  • 0.21 – 0.40Sederhana rendah
  • 0.41 – 0.60Sederhana
  • 0.61 – 0.80Kukuh
  • 0.81 – 1.00Hampir sempurna

Kappa rendah? Jangan panik

Bincang segmen yang tidak sepadan, perjelaskan definisi kod dalam buku kod, kemudian kod semula sampel baharu. Laporkan proses ini dalam Bab 3. Ia menunjukkan ketelitian.

Data anda selamat

Semua pengiraan berlaku dalam pelayar anda sahaja. Tiada data dihantar atau disimpan di pelayan kami.

Buku kod anda perlu disemak?

Tampal petikan dan kod anda dalam mod Semak Kod. Pembantu AI tunjuk kod mana yang kukuh dan mana yang perlu diperjelas.

Cuba Semak Kod, percuma