Polisi Privasi

Dikemas kini: 5 Oktober 2026

Notis ini menerangkan bagaimana Akademi Kualitatif mengumpul, menggunakan dan melindungi data peribadi anda, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Kami mengumpul data sesedikit yang perlu untuk memberikan perkhidmatan.

1. Data yang kami kumpul

BilaDataTujuan
Membuat pembelianE-mel, nama, butiran pembelian. Butiran kad dikendalikan oleh Stripe dan tidak sampai kepada kami.Memproses pesanan, menghantar akses dan resit, memberi kredit
Menggunakan Pembantu AISoalan yang anda taip; baki kredit yang dikaitkan dengan e-mel anda dalam bentuk cincang (hash)Menjana jawapan dan mengira kredit
Percubaan percuma Pembantu AIAlamat IP yang ditukar menjadi kod cincang sehalaMengehadkan bilangan soalan percuma; disimpan sehingga 30 hari
Kuiz dan e-sijilNama pada sijil, e-mel, kursus, keputusan kuizMenjana dan mengesahkan sijil
Daftar minat (kelas, klinik)Nama, e-mel, pilihan andaMemaklumkan anda apabila dibuka

2. Data yang kekal dalam peranti anda

Perbualan Pembantu AI, isian Senarai Semak, isian Penjana Protokol FGD dan pilihan mata wang disimpan dalam storan pelayar anda sendiri, bukan di pelayan kami. Kalkulator Kappa, Fuzzy Delphi, NGT dan CVI membuat kiraan sepenuhnya dalam pelayar; data yang anda tampal tidak dihantar kepada kami. Kami tidak menggunakan kuki pengiklanan atau penjejakan.

3. Pihak yang memproses data bagi pihak kami

Penyedia ini mungkin memproses data di luar Malaysia. Kami tidak menjual data peribadi anda dan tidak berkongsinya untuk tujuan pemasaran pihak ketiga.

Penting untuk pengkaji: jangan masukkan nama sebenar atau maklumat yang boleh mengenal pasti peserta kajian anda ke dalam Pembantu AI. Gunakan kod atau nama samaran.

4. Tempoh penyimpanan

5. Keselamatan

Data dihantar melalui sambungan yang disulitkan (HTTPS). Akses kepada data perkhidmatan dihadkan kepada pentadbir. Tiada sistem yang selamat sepenuhnya, tetapi kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi data anda.

6. Hak anda

Di bawah PDPA, anda berhak meminta akses kepada data peribadi anda, membetulkannya, dan menarik balik persetujuan atau meminta data dipadam, tertakluk kepada keperluan undang-undang. Hantar permintaan ke e-mel di bawah dan kami akan membalas dalam tempoh 21 hari.

7. Kanak-kanak

Perkhidmatan kami ditujukan kepada pengkaji dewasa. Jika anda di bawah umur 18 tahun, dapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga sebelum membuat pembelian.

8. Perubahan

Kami boleh mengemas kini notis ini. Tarikh kemas kini dinyatakan di bahagian atas halaman.

9. Hubungi kami

E-mel: akademikualitatif@gmail.com