Kalkulator NGT
Teknik Kumpulan Nominal: kira undian peserta, susun keutamaan idea, cetak borang undian, dan dapatkan ayat Bab 4 yang lengkap dengan rujukan asal.
Langkah NGT berdasarkan Delbecq & Van de Ven (1971) dan Van de Ven & Delbecq (1972).
Baris tajuk, lajur nama peserta dan lajur cap masa dari Google Forms dikesan dan diabaikan secara automatik.
Keputusan
Jadual keutamaan idea
Rujukan (APA 7)
Alat ini percuma dan akan kekal percuma. Jika ia menjimatkan masa anda, sumbangan kecil membantu kami terus membina alat seperti ini. Tiada paksaan.
Sumbang ikut kemampuanBorang undian bercetak
Untuk sesi bersemuka. Tulis senarai idea selepas langkah 3, satu idea satu baris, kemudian cetak satu salinan untuk setiap peserta.
NGT kualitatif atau kuantitatif?
Kedua-duanya. Penjanaan dan perbincangan idea bersifat kualitatif, manakala undian dan kedudukan bersifat kuantitatif. Hasil utama NGT ialah kedudukan keutamaan idea.
Perlu ambang peratus?
Tidak wajib. Kajian skop terhadap 32 kajian NGT maya mendapati hanya 16% menetapkan definisi konsensus lebih awal, dengan nilai 50% hingga 75% (Lee et al., 2024). Jika guna ambang, tetapkan sebelum undian dan nyatakan rujukannya.
Undian skala atau kedudukan?
Undian kedudukan ialah cara klasik: setiap peserta memilih beberapa idea teratas. Undian skala menilai setiap idea, sesuai jika senarai idea pendek dan anda mahu skor bagi semua idea.
Nak sahkan idea dengan pakar?
Gunakan idea terpilih daripada NGT sebagai item soal selidik pakar, kemudian analisis dengan Kalkulator Fuzzy Delphi.
Kalkulator Fuzzy Delphi